Silap

Dan ironinya manusia itu bila meletakkan kebahagiaan pada suatu yang kekal terbinasakan.

Andai yang bahagia itu letaknya pada yang sihat, lalu bagaimana pula yang meredhai akan sakitnya; lalu dipanggil kembali pada saat itu?

Andai yang bahagia itu letaknya pada yang kaya, lalu bagaimana pula yang berlapang akan kefakirannya; lalu diusahkan berkeluh walau sedikit?

Andai yang bahagia itu letaknya pada yang bercinta dan berpasang, lalu bagaimana pula yang bermanfaat sendirinya; lalu diisi dengan ilmu setamaknya?

Andai yang bahagia itu letaknya pada yang bersenang masanya, lalu bagaimana pula yang bersibuk-ralit masanya; lalu dipenuhi dengan amal jariahnya?

Dan ironinya manusia itu bila meletakkan kebahagiaan pada sesuatu yang kekal terbinasakan.

Mz,
18-10-18.

Comments

  1. Anonymous3:06 am

    Assalamualaikum miza, hai saja nak cakap, saya suka karya awak...tak pernah tak mengecewakan... walaupun saya baru sahaja baca entry awak....tapi saya dah jadi peminat karya awak dan saya bangga menjadi peminat karya awak.

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:18 am

    Air Jordan 6'9 Double-Edge Razor - Jordan6Retro
    Compare prices and find an amazing price for the where to find air jordan 18 stockx Air Jordan 6'9 buy air jordan 18 retro Double-Edge Razor. air jordan 18 retro red order (United States) at a air jordan 18 retro yellow from me low price. Compare the top-rated air jordan 18 retro men red online shop brands

    ReplyDelete

Post a Comment