Apa

Apalah kiranya daya makhluk untuk merawat kembali hati yang kepatahan?

Apalah kiranya daya makhluk untuk menenang-legakan jiwa yang kegelisahan?

Dan;
Apalah kiranya daya makhluk untuk mencantum semula hati yang keremukan?

Pasti tiada kesembuhan, andai kepada yang dipinta itu, juga terlemahkan.

Pasti tiada ketenangan, andai kepada yang dipinta itu, juga terhancurkan.

Pasti dan pasti,
Seharusnya tunduk-pasak jiwa itu kepada Yang Selayaknya.

Lalu perhatikan sekalian hatimu; lebih condong ke mana dalam meminta solusi dan memasang harap?

Ataukah mungkin, kita sendiri yang menzalimi sekalian hati sendiri?

Miz,
Ogos Lima.

(... وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ)
Ali Imran, 173.

Comments

  1. apa yang membuatkan hati mu patah adakah disebabkan dunia yang penuh pancaroba ini adakah disebabkan manusia manusia durjana melukakan hatimu adakah disebabkan makhluk api yang menyelebungi hatimu supaya dijauhkan dirimu kepada tuhan INGATLAH tuhan telah menjadikan kita khalifah untuk membantu agamanya nikmat yang mana kita nak ingkari lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan untuk setiap persoalan yang dititipkan ; ya. Dan ya, nikmat mana lagi yang ingin kita dustakan? Jzzk ingatannya.

      Delete

Post a Comment