Nota
Nanti-nanti, ego yang kau simpan tu bawa sampai bila-bila.
Andai benar yang kalau kefahaman sudah tebal penerapannya, mengapa masih menghakimi? Mengapa masih berlantang suara; yang kalau orang lain tidak se-fikrah kita, tidak se-cekap kita, tidak se-bagus kita?
Bukankah kita itu ibarat kain yang punya kelompongan di suatu sudut yang lain-lain? Dan yang saling menampal dan melengkapi itu berasaskan hati.
Hati yang sejujurnya faham akan medan juang berduri ini akan selamanya perlu kepada gandingan bahu dan benarnya tafahhum dan kesudian takafful.
Kita beza tahap mana sehingga mahu menilai? Sudah bagus tahap mana?
Dan adapun akal yang selalu dikufuri kenikmatan kerana faktanya; sering disalahguna untuk kita agar tidak memikirkan perihal orang lain. Untuk dibiar-sia pengorbanan orang sekeliling untuk kita.
Entah dimana peranan si akal untuk menjadi tetuanan kepada si jasad agar bertindak dan bermanfaat.
Kembalilah (QS 55:13)
Akan sentiasa ada tapisan untuk jundi-jundi di jalanan agama ini. Untuk terpilih bukan mudah, dan untuk bertahan hingga ke akhir, pasti lebih susah. Sedia?
Miz,
29 Julai.
Comments
Post a Comment