"Kau yang disana"



Why destroy when you can have peace instead?




Andai bisa aku bertanya akan dikau, saudara.
Apa kau masih cakna dengan dunia di ketika ini?

Begini, tadi. Aku terdengar tangisan. Tangisan dan jeritan anak muda dari seberang laut. Kau tahu bilangnya apa? Dia lagi sedang mencari, ralit. Akan apa, kau tanya balik kepada aku?

Dia sedang mencari aku, kau, kita.
Aku...... Kau.....Kita....

Aduh, saudaraku.
Sedari malam ke siang, kau terjerit meronta, mencari segenap kekuatan yang kian dimamah dengan bedilan bom si binatang buas. 

Aduh saudaraku.
Setiap rayuan dan jeritan yang kau laungkan diseberang tembok tangisan itu kami amati. Kami dengari. Kami turut merasai.



Bertahanlah, kota yang dijaga.


Namun maafkan kami.
Kami di sini masih terleka dengan nikmat yang diberikan Tuhan. Masih belum berupaya untuk marah, di pihakmu. Hanya mampu bertempik marah, hanya dan hanya apabila imej-imej mu tatkala nafas yang tinggal sejemput untuk direntap. Tatkala habis bumi tandus dikakimu disiram subur oleh darah pejuangmu. Hanya mampu bertempik namun bukan bertindak.

Maafkan kami, saudaraku.
Kami disini masih ralit membongkar skandal 1MDB di bawah kerajaan teknokrat yang baru. 
Kami disini masih runsing memikirkan kes pembunuhan Antaltuya, si model cantik dari Mongolia. Kami masih disini, tidak senang duduk menghukum Izwan Azir Salleh, si pembaca berita 'barisan hadapan' stesen tv pro-pembangkang.

Dan kami masih disini, memerah otak tentang kisah penceraian si pelakon Korea dan si penemu Ariani. Maafkan kami, terlebih ralit disini. Di tanah bertuah ini. Maafkan...

Sedangkan kau di sana pada ketika ini, merasai sehebat-hebat tamparan si anjing perampas tanah. 

Sedangkan kau di sana pada ketika ini, masih terdedah dengan hujanan maut bom-bom durjana.

Sedangkan kau di sana pada ketika ini, masih terkapai-kapai mencari ruang udara bersih untuk bernafas, kerana hari-harimu mungkin sesak dengan bau hanyir darah tidak bersalah dan ruh tapak kaki haram di tanahmu, bukan?

Aduhai si pencemar tanah suci,
Masih sewel fikiranmu di kala ini. Kau berserta atasanmu, kalau lupa. Biar aku yang di tanah merdeka ini mengingatkan semula. 

Yang kalau Tuhan itu sentiasa ada, membela yang selayaknya. 

Tuhan, saksikan. Ini perjuangan yang termampuku selain doa yang dilangitkan di dalam bait-bait "Allahummansuril-islam, fi kulli makan, fi kulli zaman"

Saudaraku, aku angkat senjata dari sini ya? 
الله معك.


Miz, 2018

Ps: Aku cuba, dalam kemelayuan.




Comments